SEJAK awal tahun ini, lantai Panggung Sari, Istana Budaya (IB) tidak pernah kering dengan teater. Pementasan demi pementasan bertali arus dan selepas teater muzikal Antara... selesai, masuk pula teater Sri Mersing ke situ 12 Mac lalu.
Hari ini SS sangat teruja hendak bercerita mengenai teater Sri Mersing yang itu diangkat dari filem judul yang sama arahan pengarah terkenal Allahyarham Salleh Ghani pada 1960.
Difahamkan, sambutan yang diterima cukup luar biasa. Selain lakonan dan cerita klasik yang hebat, penonton terbuai, tersentuh, malah menangis mendengar nyanyian Elly Mazlein yang kena sangat kisah yang dramatik itu.
Tahu sajalah lagu Sri Mersing yang sebelum ini pernah dirakamkan penyanyi termasuk Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza. Apabila lagu itu dibawa dalam sebuah pementasan Melayu klasik seperti itu, maka semakin hebatlah aura lagu itu sehingga ramai berendam air mata.
Selain versi Elly, SS difahamkan, ia juga dinyanyikan cucu Allahyarham Rosiah Chik, iaitu Jamie, dalam pementasan itu. Naik bulu roma penonton apabila mendengar suara Jamie yang lunak merdu itu.
SS juga bangga kerana gara-gara nyanyian Elly itu, corong radio terutama Klasik Nasional memutarkan lagu berkenaan setiap hari. Bagus sangatlah tu. Jadi bagi anda yang belum sempat melihat Seri Mersing, jangan lupa ke IB menonton teater itu yang akan dipentaskan sehingga 21 Mac ini. Tahniah SS ucapkan atas usaha anak Salleh Ghani sendiri, Megat Mohd Noor Salleh atau Keno kerana membawa kembali kegemilangan filem lakonan Nordin Ahmad dan Datin Rosnani Jamil itu ke pentas IB.
Teater ini dijayakan Elly sebagai Sri Mersing, Ady Putra (Damak), A Galak (Pak Malau), Melissa Saila (Siantan), Mardiana Alwi (Siti Payung), Leez AF (Sri Melati), Yus Raja Lawak (Awang Sulong), Jep dan Shuaib Sepah (Jalak Lenteng dan Tambak), Hairi Anak Wayang (Merah) dan Rusdi Ramli (Bentayan). Tidak ketinggalan, dua pelakon asal Sri Mersing, Rosnani dan Datuk Mustapha Maarof. Ia mengisahkan Sri Mersing (Rosnani) menceritakan kembali kisah Damak merantau ke Mersing bersama ibu dan adiknya, Deli. Damak berjaya menyelamatkan Sri Mersing (Elly) daripada diculik dan berlawan dengan Awang Sulung tetapi Awang membuat fitnah yang memaksa Damak merajuk membawa diri.
Minggu ni sibuk tentang kehebatan teater Sri Mersing yang akan berakhir persembahan di Istana Budaya pada esok 21 march 2010. Lakonan hebat Elly Mazlein dan Ady Putra selain pelakon asal Sri Mersing. Sememangnya aku teringin melihat teater Sri Mersing setelah pelakon yang aku minati sekali iaitu Elly Mazlein merupakan teraju utama teater ini.. Tapi aku tidak berkesempatan untuk pergi dan mengikuti perkembangan teater ini didada akhbar sahaja. Apapun syabas buat penerbit, pengarah, pelakon, krew terbabit dalam teater ini kerana persembahan yang mantap. Harap-harap akan ada video nyanyian elly yang dikata mendayu-dayu dalam teater ini...
No comments:
Post a Comment