Wednesday, March 24, 2010

Anak dipaksa melacur oleh ibu jadi kes polis, JKM

KUCHING: Biro Pengaduan Awam (BPA) menyerahkan kepada polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengenai kes seorang budak perempuan berusia 16 tahun dari Rawang, Selangor yang didakwa dipaksa ibunya menjadi pelacur.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah berkata berdasarkan aduan yang diterimanya di Kuala Lumpur semalam, wanita berkenaan yang sudah bercerai dengan suami, dilaporkan sering bertukar pasangan lelaki setiap malam di rumah yang turut didiami anaknya itu.

Beliau memberitahu pemberita di sini bahawa budak perempuan itu sudah melarikan diri ke rumah neneknya di Kampar, Perak dan tidak lagi bersekolah kerana tidak tahan dengan sikap ibunya.

Murugiah berkata PBA berharap kes itu dapat diselesaikan melalui sistem timbang tara iaitu penyelesaian secara bermusyawarah yang diperkenalkan oleh biro terbabit sejak empat bulan lalu.

Beliau berkata melalui sistem timbang tara itu, pengadu akan bersemuka terus dengan pihak yang diadu dan tindakan perlu dilakukan dalam tempoh lima hari bekerja ataupun selewat-lewatnya dua minggu bekerja bergantung kepada kes yang diadu. - Bernama Petikan Harian Metro 24/2/2010

Sunday, March 21, 2010

Menyesal Lirik Lagu - Ressa Herlambang


Semula Ku Tak Yakin
Kau Lakukan Ini Padaku
Meski Dihati Merasa
Kau Berubah Saat Kau Mengenal Dia

Reff:*

Bila Cinta Tak Lagi Untukku
Bila Hati Tak Lagi Padaku
Mengapa Harus Dia Yang Merebut Dirimu

**

Bila Aku Tak Baik Untukmu
Dan Bila Dia Bahagia Dirimu
Aku Kan Pergi Meski Hati Tak Akan Rela

Terkadang Ku Menyesal
Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu

Back To Reff:* Dan **

Terkadang Ku Menyesal
Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu

Ulasan : First time aku mendengar lagu ini. Aku terus jatuh cinta dengan melodi, lirik, alunan vokal dalam lagu ini. Lirik yang menyentuh hati dan melodi yang indah.

Apa yang aku faham lagu ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang kehilangan teman wanitanya. Dia seolah tidak mempercayai semuanya terjadi dalam hidupnya. Semua kata-kata indah, setia, sayang tidak lagi untuknya. Teman wanitanya sudah berubah setelah dia mengenalkan sahabatnya. Lelaki ini rasa menyesal kerana mengenalkan sahabatnya kepada bekas teman wanitanya dan terpaksa merelakan dia bersamanya sekira sahabatnya itu mampu memberi kebahagian dalam hidup bekas wanitanya. Walaupun pada dasarnya hatinya tidak rela.


Saturday, March 20, 2010

Filem Adnan Sempit

Adnan Sempit sebuah filem yang telah mendapat kutipan tiket yang membanggakan. Jalan cerita yang menarik, sarat dengan komedi, yang pasti terhibur menonton filem. Jom kita sama ikuti perjalanan insan bernama Adnan. Semuanya sempit.....










Nobody - Wonder Girl

Jom tonton video ni dariWonder Girls.... Kelakar perjalanan Video ni... Best pulak tgk.... Harap anda semuanya suka....

Shahir & Alif AF* Konsert Pertama

Konsert Pertama AF8




20/3/2010 merupakan konsert pertama para pelajar AF8 selepas Konsert Tirai AF8 pada minggu lepas. Konsert tirai yang lepas tidak aku layan dari mula hingga akhir. Hanya beberapa persembahan para pelajar yang sempat aku tontoni. Pada konsert yang lepas aku tertarik dengan persembahan Ain yang tak pasti berasal dari mana. Bagi aku persembahan dia hebat dan rata-rata rakan-rakan sekililing aku mempunyai pendapat yang sama. Kiranya betullah malam itu malam dia. Secara peribadi dia cantik, suara best, senang cita cukup pakej ar sebagai artis. Berikutan dari situ aku tertarik nak tonton konsert pertama AF8 ni untuk tonton kehebatan Ain yang seterusnya.... Aku mengikuti kesemua persembahan para pelajar pada konsert pertama dia orang.... Persembahan Ain ok... Suara best tapi kurang bertenaga. Menjadi persembahan yang mendatar... Tetapi hampir kesemua para pelajar persembahan mereka mempunyai masalah yang sama.. Untuk konsert yang pertama ini aku suka persembahan Shahir - Khalimah Cinta, Suara best, Aliff-Kau & Aku, vocal tersendiri best cara dia bawa lagu tersebut. Tetapi rata bakat para pelajar AF8 lebih baik dari para pelajar AF musim yang lalu. Semoga para pelajar yang berbakat dijulang sebagai JUARA AF8...

SOSEH SOSEH: Elly buat ramai titis air mata


SEJAK awal tahun ini, lantai Panggung Sari, Istana Budaya (IB) tidak pernah kering dengan teater. Pementasan demi pementasan bertali arus dan selepas teater muzikal Antara... selesai, masuk pula teater Sri Mersing ke situ 12 Mac lalu.

Hari ini SS sangat teruja hendak bercerita mengenai teater Sri Mersing yang itu diangkat dari filem judul yang sama arahan pengarah terkenal Allahyarham Salleh Ghani pada 1960.


Difahamkan, sambutan yang diterima cukup luar biasa. Selain lakonan dan cerita klasik yang hebat, penonton terbuai, tersentuh, malah menangis mendengar nyanyian Elly Mazlein yang kena sangat kisah yang dramatik itu.


Tahu sajalah lagu Sri Mersing yang sebelum ini pernah dirakamkan penyanyi termasuk Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza. Apabila lagu itu dibawa dalam sebuah pementasan Melayu klasik seperti itu, maka semakin hebatlah aura lagu itu sehingga ramai berendam air mata.


Selain versi Elly, SS difahamkan, ia juga dinyanyikan cucu Allahyarham Rosiah Chik, iaitu Jamie, dalam pementasan itu. Naik bulu roma penonton apabila mendengar suara Jamie yang lunak merdu itu.


SS juga bangga kerana gara-gara nyanyian Elly itu, corong radio terutama Klasik Nasional memutarkan lagu berkenaan setiap hari. Bagus sangatlah tu. Jadi bagi anda yang belum sempat melihat Seri Mersing, jangan lupa ke IB menonton teater itu yang akan dipentaskan sehingga 21 Mac ini. Tahniah SS ucapkan atas usaha anak Salleh Ghani sendiri, Megat Mohd Noor Salleh atau Keno kerana membawa kembali kegemilangan filem lakonan Nordin Ahmad dan Datin Rosnani Jamil itu ke pentas IB.

Teater ini dijayakan Elly sebagai Sri Mersing, Ady Putra (Damak), A Galak (Pak Malau), Melissa Saila (Siantan), Mardiana Alwi (Siti Payung), Leez AF (Sri Melati), Yus Raja Lawak (Awang Sulong), Jep dan Shuaib Sepah (Jalak Lenteng dan Tambak), Hairi Anak Wayang (Merah) dan Rusdi Ramli (Bentayan). Tidak ketinggalan, dua pelakon asal Sri Mersing, Rosnani dan Datuk Mustapha Maarof. Ia mengisahkan Sri Mersing (Rosnani) menceritakan kembali kisah Damak merantau ke Mersing bersama ibu dan adiknya, Deli. Damak berjaya menyelamatkan Sri Mersing (Elly) daripada diculik dan berlawan dengan Awang Sulung tetapi Awang membuat fitnah yang memaksa Damak merajuk membawa diri.

Minggu ni sibuk tentang kehebatan teater Sri Mersing yang akan berakhir persembahan di Istana Budaya pada esok 21 march 2010. Lakonan hebat Elly Mazlein dan Ady Putra selain pelakon asal Sri Mersing. Sememangnya aku teringin melihat teater Sri Mersing setelah pelakon yang aku minati sekali iaitu Elly Mazlein merupakan teraju utama teater ini.. Tapi aku tidak berkesempatan untuk pergi dan mengikuti perkembangan teater ini didada akhbar sahaja. Apapun syabas buat penerbit, pengarah, pelakon, krew terbabit dalam teater ini kerana persembahan yang mantap. Harap-harap akan ada video nyanyian elly yang dikata mendayu-dayu dalam teater ini...